Sunday, 10 September 2017

PROFIL TASKA ADDIN


Taska ADDIN diasaskan oleh Puan Aziah binti Mohd Shah Baki. ADDIN adalah akronim kepada perkataab ALAM DIDIKAN INSAN. Bermula dengan menjaga dan mengasuh anak-anak ke Tadika ADDIN dan memenuhi permintaan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Tadika ADDIN pada tahun 2000, di No. 1, Jalan Gopeng, Sg. Rokam, Ipoh. 
Pada tahun 2001, Tadika & Taksa ADDIN telah berpindah ke Institut ADDIN (sekarang dikenali sebagai Pusat Pendidikan ADDIN) beralamat Kompleks ADDIN, Jalan Lapangan Terbang, Kg. Melayu, Sg. Rapat 31350, Ipoh, Perak. Pada tahun 2007, Taska ADDIN telah didaftarkan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat atas tuntutan penguatkuasaan Undang-Undang Akta Taman Asuhan 1984 (Akta 308) yang meajibkan semua pusat asuhan kanak-kanak wajib berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 
Taska ADDIN mempunyai 2 unit iaitu, Raudhah Aishah (menerima kanak-kanak berusia 1tahun ke bawah) dan Raudhah Fatimah (menerima kanak-kanak berusian 22tahun hingga 3tahun). Bilangan kanak-kanak yang dibenarkan pada ketika itu ialah seramai 30 orang iaitu setiap unit seramai 15 orang kanak-kanak. 

Friday, 25 August 2017

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2017

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Tadika Alam Didikan Insan (ADDIN) ini diadakan adalah bertujuan dapat mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kanak-kanak mengetahui tarikh kemerderkaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.





Tuesday, 15 August 2017

LATIHAN KEBAKARAN FASA 2

Tujuan utama diadakan latihan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga tadika tentang prosedur menyelamatkan diri jika berlaku sesuatu kecemasan yang melibatkan kebakaran.


PROFIL TASKA ADDIN

Taska ADDIN diasaskan oleh Puan Aziah binti Mohd Shah Baki. ADDIN adalah akronim kepada perkataab ALAM DIDIKAN INSAN. Bermula dengan menj...